Adakah anda tahu?
Satu kapsul kecil SNE Natural Essence amatlah kaya dengan kandungan-kandungan penuh khasiat.
| Zat Galian |
Fungsi |
Penyakit Kurang Zat |
Besi |
Unsur surih yang amat banyak dalam badan manusia. Ia biasanya disimpan dalam tulang sumsum, di mana sel-sel darah dihasilkan. Ia penting bagi perkembangan mental dan sistem imun badan. |
Penyakit yang sering berlaku ialah anemia kekurangan ferum, jangkitan akut dan kronik, tumor malignan. |
Zink |
Terlibat dalam metabolisme asid nukleik, protein, gula dan lemak. Ia merupakan unsure penting dalam proses pertumbuhan. |
Pertumbuhan terbantut, pembentukan tulang tidak sempurna, perkembangan mental lambat, kematangan sistem pembiakan terjejas, aktiviti insulin berkurangan, sirosis, kanser paru-paru, nefropati dan gangguan gastrousus. |
Kalsium |
Terkandung dalam struktur-struktur penyokokng badan seperti dinding sel, tulang, gigi dan sebagainya. Memainkan peranan dalam pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, fungsi kalenjar, penglihatan, mekanisme fisiologikal dan pembekuan darah. |
Pembentukan tulang terjejas, osteoporosis, tulang mudah patah, riket, pembentukan kaviti, kekejangan otot, kemurungan, kekejangan bahagian belakang badan. |
Magnesium |
Penting untuk memelihara fungsi jantung, perut dan tulang yang normal. |
Aterosklerosis, thrombus, infarksi miokardium. |
Kuprum |
Merupakan bahan mentah yang mensintesiskan lebih 30 jenis enzim dalam badan manusia. |
Fungsi tiroid yang lemah, tuberkel, reumatisme, tumor malignan, kekenyalan saluran darah semakin berkurangan. |
Mangan |
Pengaktif enzim. Juga terkandung dalam kebanyakan enzim. |
Pembentukan tulang rawatan terjejas, fungsi pembiakan merosot, metabolisme lipid berubah, gangguan fungsi imun. |
Iodin |
Kandungan aktif kalenjar tiroid dan terlibat dalam kecerdasan manusia. |
Pembentukan fetus yang tidak sempurna; malformasi atau perkembangan sistem saraf, pendengaran dan kalenjar tiroid yang tidak sempurna. |
Selenium |
Unsure surih penting untuk badan manusia, anti-kanser, melindungi jantung, mengelakkan dan merawat penyakit Kashin-Beck (penyakit malformasi tulang), melambatkan proses penuaan serta meneutralkan logam berat dan toksin dalam badan. |
Pembentukan tulang yang abnormal, fungsi jantung yang lemah, gangguan fungsi hati, fungsi imun menjadi lemah, mudah mendapat barah. |
Fosforus |
Menggalakkan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein; menetapkan keseimbangan pH dalam bendalir badan dan darah. |
Hilang selera makan, kelemahan, kelesuan, sakit otot. |
Natrium |
Boleh dijumpai dalam tulang dan darah manusia, menetapkan keseimbangan pH dalam badan, mencetuskan impuls saraf, mengekalkan fungsi otot dan saraf. |
Timbulnya gejala seperti hilang selera makan, pening, loya, palpitasi dan tekanan darah rendah. |
Kalium |
Mengawal f ungsi jantung, membantu otot berfungsi dengan sempurna. |
Kelemahan otot, kebas, flatulens, tindak balas yang lambat, pertumbuhan yang terencat, kelesuan kronik, tekanan darah tinggi. |
Germanium |
Menguatkan fungsi sistem imun, anti-tumor, anti-radang, anti-pengoksidaan, anti-penuaan, menstabilkan tekanan darah. |
Tekanan darah tingi, aterosklerosis, osteoporosis, reumatisme. |
|
|